>

Isnin, 7 Februari 2011

KEJOHANAN FUTSAL FAMA

INILAH MUKA PEJUANG-PEJUANG FUTSAL PLUiTM...
di kejohanan ini kita telah menang sekali,seri sekali dan kalah sekali...
keputusan itu membuatkan kita ketinggalan 1 jaringan sekaligus tidak dapat ke suku akhir...
namun ianya tidak mematahkan semangat juang yang ada...
AYUH!!! KITA TERUSKAN PERJUANGAN....ish3....

PLUiTM vs JPS Kerian

terduduk penjaga gol...
takpe,lain kali kita wat lain ye din...

PLUiTM vs JPN Perak

inilah satu-satunya bunga PLUiTM yg memberi sokongan kepada pasukan futsal PLUiTM...
ini juga merupakan satu faktor kekalahan kepada pasukan kerana tidak ramai bunga-bunga yg datang menyokong serta memberi semangat...
terima kasih ek Cik. Sheila kerana sudi datang...
terima kasih juga kepada En. Khairul yg merupakan pengurus pasukan yg telah menjerit di luar padang...

HEALTH IS WEALTH

SALAM SEMUA...

kita selalu melihat di kaca tv ramai yang teruja apabila berat badan seseorang itu dapat dikurangkan seterusnya ianya menjadikan seseorang itu lebih cantik,berkeyakinan serta sering mendapat pujian...tetapi kali ini,kita tekankan kepada pentingnya menjaga kesihatan diri terutamanya jantung kita...marilah kawan2 untuk kita sama2 menyahut cabaran ini dengan menyertai program ini serta mengikuti latihan2 dan aktiviti2 yang akan kita sama2 jalankan...CABAR DIRI ANDA SENDIRI!!!
ALHAMDULILLAH...
setakat ini,seramai 30 orang peserta yang telah mendaftarkan diri mereka...
pada 1 Febuari yang lepas,latihan pertama telah pun dijalankan iaitu kita telah pun berjalan & berlari selama 30 minit...pada 8 Febuari pula kita akan membuat satu lagi latihan iaitu menaiki dan menuruni tangga selama 30 minit juga...diharap usaha kita bersama dapat mencapai objektif yang kita mahukan...
( latihan mendatang sila ikut jadual yang telah disediakan )
USAHA TANGGA KEJAYAAN!!!

Sukan Bulan Febuari


CHESS & CARROM!!!
permainan catur & karom...
mari kita berentap dalam permainan ini untuk menentukan siapa juara utk tahun 2011...
disamping pertandingan ini diadakan ianya juga bertujuan untuk memupuk semangat setia kawan serta mengeratkan lagi hubungan sesama rakan sekerja...
SEMOGA BERJAYA!!!
'enjoy the games'